KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Polis Diraja
Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan sebuah laman web yang menyenaraikan
bandaraya Kuala Lumpur sebagai antara 10 bandar paling berbahaya di
dunia.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan laman Facebook PDRM, dakwaan itu
sama sekali tidak benar dan orang ramai dinasihatkan agar tidak
mempercayai maklumat itu seterusnya menyebarkan maklumat berkenaan."Orang ramai diminta supaya tidak semudahnya mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada laman web tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu daripada polis.
"Warga Malaysia juga haruslah menjadi penyebar maklumat yang bertanggungjawab dan beretika dengan memastikan sebarang maklumat yang diperoleh dan ingin dikongsi adalah daripada sumber yang rasmi," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan polis dari 2010 hingga 2012, PDRM berjaya mengurangkan indeks jenayah di Kuala Lumpur sebanyak 31.8 peratus dengan usaha berterusan dalam menangani isu jenayah di ibu kota.
-- BERNAMA
MAF JM ROS
No comments:
Post a Comment